Akhirnya
Telah
kuberikan ruang
walaupun
sangat sempit
dan karatnya
bumbung
untuk kau
terus berteduh
Di ruangan
itu
cukup untuk
kita berseloka
belajar
tentang kata-kata berprasti terindah
yang menjadi
jalan kita menjelmakan kata
tanpa perlu
menunjuk bentuk di sebalik rupa
Di ruang
yang hangat itu
aku
menyediakan gerbang pintu
untuk kau
mencari
tunjang-tunjang
yang menyokong kau tegak berdiri
menghapuskan
sisa jajahan yang menjadi bara
dan titik
keterbukaan dirimu
Di ruang
terpencil itu
aku yang
menjadi dinding melihat kau tatih berdiri
aku yang
menjadi bumbung melindungimu
dan setakat
itu sahaja yang mampu
aku berada
Dan sehingga
malam
aku mencari
di ruang seperti lazimnya
ingin
menemanimu mengira bintang-bintang
yang telah
kau punya sepanjang jarak pencarianku
Dan sehingga
terbit fajar tadi
aku
menganggap ruang itu telah mati
takkan
kembali
kerana
kaupunya ruang baru
yang
terlebih dahulu hadir dari aku
di semilir
persada bintang berkilauan
dan
meninggalkan aku yang kelelahan
29 Januari 2016
No comments:
Post a Comment