"Nak kerepek pisang, dik?"
Aku memanjangkan leherku ke luar pintu. Seorang tua kelihatan sedang membawa bakul yang berisi penuh dengan kerepek sedang mengelap peluh. Bulan Ramadhan sememangnya menguji si tua ini untuk menjual kerepeknya. Aku segera mencapai dompet dan menyapanya.
"Waalaikumsalam..."
"Kerepek pisang je ke, nek?"
"Berapa harga satu bungkus ni?"
"Ya, nak.."
"RM2 satu bungkus."
Tanpa berfikir panjang, aku mengambil 2 bungkus kerepek pisang. Niat aku membeli adalah lebih cenderung kerana kasihankan si tua ini. Dengan cuaca yang panas terik, ditambah lagi dengan bulan suci Ramadhan. Sedangkan aku sendiri yang baru beberapa minit berdiri di luar sudah terasa dahaga. Aku menghulurkan wang kertas RM5. Dia mengukir senyuman lalu memberikan baki belianku sebentar tadi. Ucapan terima kasih tidak lekang dari mulutnya.
Hatiku terusik dengan kesungguhan si tua itu dalam mencari rezeki. Apabila dibandingkan dengan diriku sendiri, sepanjang bulan Ramadhan aku hanya menghabiskan sisa waktu di rumah. Hanya menunggu waktu untuk berbuka. Sedangkan si tua ini, berpenat lelah mencari rezeki demi sesuap nasi. Aku menjadikan kisah si tua ini sebagai pengajaran kepada diriku agar tidak terlalu berbelanja mewah. Cukuplah sekadar yang diperlukan.
Terima kasih, nek.. :')