Tuesday, 23 February 2016

Akhirnya



Akhirnya

Telah kuberikan ruang
walaupun sangat sempit
dan karatnya bumbung
untuk kau terus berteduh

Di ruangan itu
cukup untuk kita berseloka
belajar tentang kata-kata berprasti terindah
yang menjadi jalan kita menjelmakan kata
tanpa perlu menunjuk bentuk di sebalik rupa

Di ruang yang hangat itu
aku menyediakan gerbang pintu
untuk kau mencari
tunjang-tunjang yang menyokong kau tegak berdiri
menghapuskan sisa jajahan yang menjadi bara
dan titik keterbukaan dirimu

Di ruang terpencil itu
aku yang menjadi dinding melihat kau tatih berdiri
aku yang menjadi bumbung melindungimu
dan setakat itu sahaja yang mampu
aku berada

Dan sehingga malam
aku mencari di ruang seperti lazimnya
ingin menemanimu mengira bintang-bintang
yang telah kau punya sepanjang jarak pencarianku

Dan sehingga terbit fajar tadi
aku menganggap ruang itu telah mati
takkan kembali
kerana kaupunya ruang baru
yang terlebih dahulu hadir dari aku
di semilir persada bintang berkilauan
dan meninggalkan aku yang kelelahan

29 Januari 2016

Thursday, 28 January 2016

Lirik 'Rindu'

Terlalu rindu punca hasil tulisan ini ditulis hari ni... tidak bermaksud secara menyeluruh, hanya kerana RINDU....

"Rindu"

Selama aku mencari
Selama aku menanti
Bayang-bayangmu di batas senja
Matahari membakar rinduku
Ku melayang terbang tinggi

Bersama mega mega
Menembus dinding waktu
Ku terbaring dan pejamkan mata
Dalam hati kupangil namamu
Semoga saja kau dengar dan merasakan

Getaran dihatiku
Yang lama haus akan belaianmu
Seperti saat dulu
Saat saat pertama kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikkan kata-kata aku cinta kepadamu

Peluhku berjatuhan
Menikmati sentuhan
Perasaan yang teramat dalam
Telah kau bawa segala yang ku punya
Segala yang kupunya
Ouoooooo hooo

Getaran dihatiku
Yang lama haus akan belaianmu
Seperti saat dulu
Saat saat pertama kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikan kata-kata yeaah
Aku cinta kepadamu ooho
Kepadamu hoho 
Sekian....

Wednesday, 27 January 2016

Tersadung (Bahagian 1)

Jarum yang paling halus di 'muka' Casio seolah-olah semakin pantas berdetik.. sedangkan kita tahu, tempo dan detikannya sememangnya sama diikuti jantungku berdegup kencang, pantas; sepertinya sedang mendengar paluan gendang yang semakin dipukul laju...

Aku menumbuk dadaku, gayanya seperti dapat memperlahankan degupan pantas jantungku. Perlahan-lahan airmata yang ditahan-tahan dari tadi gugur...mahu sahaja aku menangis sekuat hati tetapi aku masih sedar, waras...

Sekali lagi telefon bimbit aku menyanyikan lagu Coldplay - Adventure of a Lifetime... aku buntu, tangisanku semakin menjadi-jadi. Aku tidak menyangka penantianku selama 3 tahun hanyalah sia-sia.

Tidak lama selepas itu, nama sahabatku, Dayang tertera di skrin telefon pintar milikku. Pantas, aku menjawab panggilannya...

Dan......